Students Save 30%! Learn & create with unlimited courses & creative assets Students Save 30%! Save Now
Advertisement
  1. Photo & Video
  2. Course Lesson
Photography

Cara Pilih Laman Web untuk Portfolio Fotografi

by
Length:ShortLanguages:

Malay (Melayu) translation by Muhammad Nabil (you can also view the original English article)

Sebagai seorang jurugambar, imej-imej anda hanyalah permulaan. Bagaimana anda membuat keputusan yang gambar-gambar mana yang terbaik? Bagaimana anda secara selektif memilih yang terbaik yang mewakili gaya anda, dan kemudian apakah cara terbaik untuk memaparkan mereka dalam portfolio kepada seseorang yang mungkin tidak biasa dengan kerja anda?

Dalam pelajaran ini, kita akan berbincang beberapa portfolio fotografi berasaskan web dan membincangkan unsur-unsur dan strategi yang berkesan di sebalik masing-masing. Kami akan membincangkan perkara seperti bilangan imej untuk disertakan, navigasi yang mudah dan melihatkan gambar anda pada skala yang lebih besar.

Penting untuk portfolio web anda tidak berantakan, sudah tentu anda mahu orang-orang dapat dengan cepat dan mudah melihat imej anda, dan agar mereka boleh melihat yang terbaik yang mereka dapat. Anda juga harus memasukkan maklumat hubungan; cara mudah seseorang dapat menghubungi anda atau mendapati anda di tempat lain di web itu, seperti saluran media sosial anda. Tumpuan utama harus selalu berada pada gambar anda, dan kami akan membantu anda mencapai itu dalam video ini.

Sekiranya anda rasa video ini berguna, sila semak kursus penuhnya: Portfolio Jurugambar. Anda akan menemui tiga belas lagi pelajaran video seperti ini, masing-masing memperincikan aspek-aspek penciptaan portfolio yang berbeza. Anda akan belajar cara untuk menghasilkan visi untuk portfolio anda, cara memasangnya dan cara terbaik untuk memaparkannya.

Anda boleh segera mengambil kursus ini dengan subscription ke Envato Elements di mana anda akan mendapat akses bukan sahaja untuk kursus ini, tetapi juga ke library kami yang semakin berkembang dari lebih 1,000 kursus video dan eBook terkemuka dalam industri di Envato Tuts+.

Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.