Advertisement
  1. Photo & Video
  2. Adobe Photoshop
Photography

Photoshop dalam 60 Saat: Cara Membuat Vignette dalam 3 Cara

by
Length:QuickLanguages:

Malay (Melayu) translation by Zaenal Abidin (you can also view the original English article)

Final product image
What You'll Be Creating

Selamat datang ke Photoshop kami dalam siri 60 Saat, di mana anda boleh mempelajari kemahiran, ciri, atau teknik Photoshop dalam seketika!

Kesan Vignette

Vignette adalah kesan dalam reka bentuk dan fotografi di mana imej memudar dari pusat ke latar belakang yang biasanya hitam. Kesan ini juga menambahkan perubahan mood yang halus ke foto sambil menarik perhatian penonton ke arah pusat. Dan kerana kesederhanaannya, terdapat beberapa cara untuk mencapai kesan ini dalam masa yang singkat. Dari Gradients sampai Adjustment Layers dan banyak lagi, tambahkan kesan cepat ini kepada teknik penyuntingan foto anda.

Lihat video ringkas ini untuk mempelajari tiga kaedah yang berbeza untuk membuat vignette yang mudah.

Sedikit Lebih Terperinci

Ketahui lebih lanjut mengenai Adobe Photoshop di Envato Tuts+:

Dan berasa bebas untuk mencuba kesan ini dengan imej dari video di atas, menggunakan Sparkler Stock percuma ini melalui Pixabay.

60 Saat?!

Ini adalah bahagian daripada satu siri tutorial video ringkas pada Envato Tuts+ di mana kami memperkenalkan pelbagai mata pelajaran, semua dalam masa 60 saat-cukup untuk membangkitkan selera anda. Beri tahu kami dalam ulasan, apa yang anda fikirkan tentang video ini dan apa lagi yang anda ingin dijelaskan dalam 60 saat!

Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.