Unlimited After Effects and Premiere Pro templates, stock video, royalty free music tracks & courses! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Photo & Video
  2. Drones
Photography

Cara Membuat Video Drone Smooth di Adobe After Effects

by
Difficulty:IntermediateLength:ShortLanguages:

Malay (Melayu) translation by Sela Sinta (you can also view the original English article)

Merupakan hal biasa untuk video drone menjadi sedikit kurang stabil, terutamanya ketika kita menjejaki subjek dalam suatu shot. Beruntung, kami boleh membetulkan masalah ini di post dengan teknik scale dan position dalam Adobe After Effects. Inilah yang akan anda pelajari dalam tutorial ini. Pastikan untuk download contoh klip 4K yang termasuk dalam fail projek supaya anda boleh mengikuti bersama!

1. Gunakan Stabilize Motion Effect

Untuk memulakan, kami akan menggunakan kesan Stabilize Motion pada footage kita. (Stabilize Motion terletak pada seksyen tingkap Tracker dalam After Effects. Jika anda tidak melihatnya, pergi ke Window>Tracker untuk menjadikannya muncul. Kemudian, letakkan Track Point pada subjek yang ingin anda jejaki (track). (Dalam kes kami adalah bot pada klip contoh.)

Semakin besar kawasan tracking semakin lama proses trek akan berjalan pada After Effects. Di bawah pilihan untuk Tracker Effect, pastikan untuk memilih Luminance untuk Channel tersebut. Semua pilihan lain boleh anda serahkan pada nilai default. Sekarang klik butang play untuk memulakan trek tersebut.
Tracker plug in

Selepas proses trek selesai, anda boleh re-position bot ke pusat dari shot.

2. Resize Komposisi  Footage

Sekarang anda mungkin melihat beberapa kawasan hitam pada footage anda di mana footage tersebut bergerak di luar bingkai. Nasib baik kita menggunakan footage 4K, yang lazim digunakan untuk banyak dron. Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah mengubah saiz komposisi footage ke resolusi 1080p. Klik kanan di kawasan kelabu di sebelah footage anda dan pilih Composition Settings. Laraskan ketinggian dan lebar komposisi kepada 1920 x 1080.

Composition settings

Kini kawasan hitam di sekitar shot anda akan hilang (kerana ia telah crop). Anda boleh menyamakan garis lajur horizion pada shot anda jika anda perlu dengan memilih footage anda dan menyesuaikan rotation. (Tekan 'R' pada p keyboard untuk shortcut ini.)

3. Gunakan Warp Stabilizer

Selain itu, jika shot yang anda cuba stabilkan bergerak ke hadapan (dan mungkin mempunyai artifak 'jello warping' pada footage tersebut), anda boleh menggunakan pilihan Warp Stabilizer di tingkap Tracker. Anda perlu menyesuaikan tetapan untuk bekerja dengan shot khusus anda, dan tetapan ini akan mengambil sedikit masa untuk menganalisis footage anda, tetapi cara ini dapat memberi anda hasil yang baik yang anda tidak akan dapat capai dengan cara lain.

Petua Bonus

Jelas sekali untuk mengikuti tutorial ini anda sudah menggunakan Adobe After Effects, dan mungkin mempunyai sedikit footage drone sebagai subjek. Saya sangat mengesyorkan untuk tetap teratur dengan menggunakan Layer Manager 3 dari VideoHive. Ini adalah skrip After Effects yang mudah untuk digunakan dan saya sentiasa menggunakan semua masa dan membolehkan anda mengurus layer anda dalam timeline dan viewport. Hal ini akan menjimatkan banyak masa sepanjang projek video drone! Lihat juga tutorial untuk Layer Manager 3 di sini di Envato Tuts+!

Disebutkan dalam tutorial ini

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.