Unlimited After Effects and Premiere Pro templates, stock video, royalty free music tracks & courses! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Photo & Video
  2. Gimbal
Photography

Cara Menggunakan Gimbal: Penggambaran Asas

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Shoot Video With a Gimbal.
How To Use a Gimbal: Balancing Your Camera
How To Use a Gimbal: Advanced Shots

Malay (Melayu) translation by Muhammad Nabil (you can also view the original English article)

Sekarang setelah anda mempunyai gimbal yang sudah sedia dan seimbang, anda secara teorinya boleh keluar dan melakukan penggambaran yang mulus dan menakjubkan yang pernah menjadi mimpi anda. Tetapi pada tahap praktikal, apa jenis penggambaran yang paling mampu dilakukan oleh operator tunggal?

Running behind a subject with a gimbal

Penggambaran kegemaran untuk banyak pemilik gimbal adalah mengikuti subjek, berjalan dengan mereka pada kelajuan mereka. Mulailah dengan penggambaran mereka dari belakang, kemudian pergi dan menembak mereka dari sisi, mendapatkan bahagian kaki dan bahagian-bahagian subjek di mana anda tidak melihat wajah mereka. Dengan gimbal, anda boleh melakukan ini dalam satu gerakan, dari kaki ke atas kepala.

Dan kemudian anda dapat shooting di hadapan subjek ketika mereka berjalan ke arah anda. Ini sedikit lebih sukar kerana anda perlu berjalan ke belakang semasa mengendalikan kamera dan gimbal anda. Ingatlah untuk tetap selamat, kerap melihat ke belakang untuk mengelakkan rintangan, atau orang lain berjalan di belakang anda, menyentuh punggung anda untuk membantu membawa anda ke arah yang betul. Paling mudah, tanyakan subjek anda untuk melambatkan. Itu biasanya menjadikan pekerjaan anda lebih mudah.

Walking in front of a subject with a gimbal

Jika anda tidak mengikuti subjek, ada cara yang boleh menyebabkan gimbal untuk menambah pergerakan yang indah ke penggambaran statik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan gimbal untuk mencontohkan gerak slider atau dolly. Cukup mencari sudut di mana terdapat beberapa jenis latar depan untuk menekankan pergerakan, seperti pintu atau objek, dan kemudian perlahan-lahan mengayunkan badan anda kiri ke kanan, atau kanan ke kiri. Tidak mengapa jika gimbal bergerak sedikit ke atas atau ke bawah, atau berputar di sekeliling subjek. Sebenarnya, putaran sedikit mencipta jenis penggambaran yang slider tidak dapat capai tanpa menambah peralatan yang lebih canggih.

Anda juga boleh menggunakan gimbal anda untuk mencontohi penggambaran jib tanpa kerumitan sebenarnya mempersiapkan dan menggunakan jib besar. Mulakan penggambaran dengan gimbal dari posisi tinggi atau rendah, dan selama anda bergerak ke atas atau ke bawah, tilt kamera supaya ia tetap fokus pada subjek atau kawasan umum. Anda juga boleh melakukan penggambaran dengan jib yang lebih maju dengan bergerak dari sisi ke sisi ketika anda naik atau turun. Penggambaran semacam ini sangat bagus untuk membuat penggambaran statik atau sebaliknya yang membosankan jadi lebih hidup, seperti penggambaran untuk pengenalan bangunan luar.

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.