Unlimited After Effects and Premiere Pro templates, stock video, royalty free music tracks & courses! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Photo & Video
  2. Gimbal
Photography

Cara Menggunakan Gimbal: Mahir Dalam Follow Mode

by
Length:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Shoot Video With a Gimbal.
How To Use a Gimbal: Minimize Up and Down Motion
How to Choose the Right Lens for Your Video Gimbal Rig

Malay (Melayu) translation by Zaenal Abidin (you can also view the original English article)

Gimbal boleh mempertahankan level kamera anda dan menunjuk ke hadapan, tetapi jika gimbal tidak dapat berpaling bersama dengan anda semasa anda mengikuti subjek, perkara ini mungkin menjadi sangat mengecewakan.

Oleh itu, kebanyakan gimbal kini mempunyai "follow mode," di mana gimbal melakukan pan dan tilt secara elektronik bersama anda semasa anda mengubah arah gimbal ke kiri dan ke kanan, atau mahu kamera menunjuk ke atas atau ke bawah.

Adjusting the follow mode speed in the gimbal software

Kelajuan follow mode gimbal biasanya boleh diselaraskan dalam perisian, dan penting untuk mempertimbangkan kelajuan yang anda inginkan bergantung pada jenis shooting yang anda ingin capai.

Jika anda shooting tindakan sukan, atau berjalan bersama subjek yang sering berubah arah, anda mungkin mahu follow mode menjadi super respons. Tetapi untuk kebanyakan shooting, kelajuan yang ideal dari pan dan tilt adalah lambat, mantap, dan sinematik.

Sekiranya follow mode anda terlalu lambat, anda mungkin menghadapi masalah dengan gimbal yang tidak cepat panning semasa anda beralih. Di dalam kereta, sebagai contoh, setiap kali kereta membuat berpaling, gimbal akan cuba bergerak bersama mengikut arah anda yang baru. Dan jika ia tidak dapat bersaing dengan kelajuan kereta, kamera anda mungkin mengenai sisi jauh dari gimbal dan anda akan kehilangan shooting anda.

Sesetengah gimbal mempunyai mode di mana gimbal mengunci paksi pan dan tilt, jadi kamera mengekalkan arah hadapannya tidak kira jika anda bergerak ke atas dan ke bawah seperti jib, atau mengubah arah gimbal sama ada kiri atau kanan. Mode ini sesuai untuk mengekalkan shooting lurus semasa berjalan ke hadapan atau ke belakang.

Follow Mode on the Roll Axis mimics an airplane or birds perspective

Teknologi gimbal bergerak cepat, dan sekarang terdapat beberapa gimbal dengan motor yang lebih berkuasa, yang memberikan anda keupayaan menyesuaikan level horizon kamera dengan hanya memegang kamera dalam kedudukan untuk beberapa saat. Ini membantu dalam kereta, kapal terbang dan helikopter, atau bila-bila masa gimbal kehilangan horizon dan anda tidak boleh menghentikan kenderaan untuk menetapkan semula motor gimbal. Di samping itu, motor yang lebih berkuasa membolehkan anda mengaktifkan "follow mode" dalam paksi roll, jadi kamera anda boleh berputar bersama-sama dengan anda semasa anda membuat pusing, meniru pesawat terbang atau perspektif burung ketika ia melakukan pusing pusingan.

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.