Unlimited AE and Premiere Pro templates, videos & more! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Photo & Video
  2. Video
Photography

Panduan Cepat: Rakaman Skrin dengan Open Broadcaster Software

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Record Screencasts with Open Broadcaster Software.
OBS Studio Screen Recording: Best Settings for Video

Malay (Melayu) translation by Zidan Al-Farizi (you can also view the original English article)

Apabila melakukan penangkapan skrin untuk tutorial dan pelbagai jenis persembahan video lain-lain, mungkin aplikasi yang paling sering digunakan ialah Camtasia danScreenflow. Keduanya adalah penyelesaian all-in-one yang menyediakan alat untuk recording dan editing. Walau bagaimanapun satu lagi pilihan yang sangat baik adalah untuk memisahkan tahap screen recording daripada audio recording dan video editing, menggunakan perisian khusus untuk setiap tahap.

Ini adalah pendekatan yang saya ambil, dan untuk peringkat rakaman skrin, saya telah menggunakan aplikasi yang sangat baik Open Software Broadcaster, lebih dikenali sebagai OBS. OBS juga mempunyai kelebihan iaitu setiap orang boleh menggunakannya, kerana OBSitu percuma, open source, dan cross platform sepenuhnya dengan sokongan pada Mac, Windows dan Linux. Apabila digabungkan dengan perisian penyuntingan audio dan video, anda mendapat aliran kerja pengeluaran video yang sangat powerful dan fleksibel.

Dalam siri tutorial pendek ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara untuk membuat setup OBS untuk rakaman skrin dan cara menggunakan daripada beberapa feature yang mengagumkan. Terdapat banyak cara untuk menggunakan OBS, tetapi untuk tujuan siri ini saya akan membawa anda melalui kaedah yang saya gunakan sebagai sebahagian daripada proses pengeluaran video saya.

Untuk memulakan, kami akan install OBS dan melalui kaedah cepat untuk memulakan rakaman skrin. Ini adalah untuk membantu anda memberikan gambaran keseluruhan perisian ini supaya anda mempunyai beberapa konteks apabila kita masuk ke dalam lebih mendalam pada rakaman skrin dengan OBS dalam tutorial seterusnya dalam siri ini.

1. Unduh dan Instal OBS

Muat turun OBS dari https://obsproject.com/download dan pasang atau install mengikut arahan untuk OS anda.

Apabila anda melancarkan OBS, anda sepatutnya akan melihat sesuatu seperti ini (dengan rupa yang berbeza bergantung pada operating system anda):

Open Broadcaster 18 interface
Interface OBS 

2. Setup Cepat Rakaman Skrin 

OBS menggunakan sistem Scenes dan Sources, yang akan kami perinci lagi dalam tutorial seterusnya. Apabila anda mula-mula melancarkan OBS, anda akan melihat ada scene yang ditambahkan secara default, yang boleh anda lihat di sudut kiri bawah interface.

Scenes and sources in Open Broadcaster
Scenes dan sources dalampen Broadcaster kini pada Scene default. 

Sebelum anda mula merakam, anda juga perlu menambah sumber dalam scene ini. Dengan Scene default dipilih (ia akan diserlahkan) klik butang + di bahagian bawah panel yang dilabel Sources, kemudian pilih Screen Capture pada Linux atau Display Capture pada Mac dan Windows.

Source selection
Pilih Screen Capture (Linux) atau Display Capture.

Klik OK pada kotak yang muncul.

Confirm your choice
Nampak baik 

Klik OK pada popup seterusnya juga.

Set the screen dimensions
Masih baik 

Sekarang klik butang Settings di sebelah kanan bawah interface

Pilih tab Output dan perhatikan bidang Recording Path. Ini adalah destinasi di dalam komputer anda di mana video rakaman anda akan disimpan.

Set the destination for your recording
Pilih destinasi untuk video anda 

3. Mula Rakaman

Apabila anda bersedia untuk memulakan rakaman klik butang Start Recording di sebelah kanan bawah.

Click Start Recording to begin
Bersedia untuk pergi! 

Apabila selesai, klik Stop Recording dan video akan disimpan ke folder yang dinyatakan dalam tetapan anda.

Done
Semua sudah selesai.. 

Akan Datang Selanjutnya

Jadi itu kaedah permulaan cepat untuk screen recording, tetapi masih banyak lagi yang perlu dipertimbangkan untuk memaksimumkan kebolehan dari OBS. Sekarang setelah anda berhasil menjalankan OBS, dalam tutorial seterusnya, kami akan menggali tetapan Video dan Output untuk OBS dan bagaimana tetapan itu boleh digunakan untuk mendapatkan rakaman skrin terbaik. Jumpa awak di sana!

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.